Assalamualaikum dan salam sejahtera.
Umum tahu tentang betapa berharganya emas. Tiada logam lain di dunia ini yang setara nilai dengan emas.
Disebabkan itu lah ramai yang menjadikan emas sebagai aset, simpanan mahupun pelaburan.
Ramai yang simpan emas tetapi tidak tahu untuk memfungsikan emas tersebut.
Simpan sekadar simpan. Alahai...ruginya.
Ada yang tanya, "Simpan emas banyak-banyak nak buat apa?"
Jawapan kepada soalan tersebut ada pada diri kita.
Apa yang kita boleh buat dengan emas tersebut?
Nak jadikan isi bantal? Jadikan tilam buat lapik tidur? Jadikan penyendal pintu?
Sebab itu lah pentingnya ilmu tentang emas.
Antara 5 jawapan popular yang selalu diberikan oleh penyimpan emas fizikal yang ada ilmu adalah:
1. Simpan emas sebagai sandaran disaat kesempitan / kesusahan atau sebagai tabung kecemasan.
2. Simpan emas untuk menampun kos pendidikan anak-anak dimasa depan.
3. Simpan emas untuk menyelamatkan nilai duit yang saban tahun menyusut.
4. Simpan emas untuk menampung kos perbelanjaan menunaikan haji atau umrah.
5. Simpan emas sebagai dana sekuriti; sekiranya berlaku pergolakan ekonomi, politik mahupun peperangan, emas tak jatuh nilainya dan masih boleh difungsikan.
Mereka yang menyimpan dengan ilmu punyai matlamat yang jelas dengan simpanan emas fizikal yang dimiliki.
Mereka yang ada ilmu juga terus konsisten membeli dan menyimpan emas tanpa ambil peduli tentang kenaikan harga.
Kesimpulannya, belajar dan gali lah ilmu tentang emas. Semakin digali semakin banyak ilmu yang akan kita dapat.
Siti Zaharah Salleh
PG00235187
Public Gold Business Owner
013-2004041


Comments
Post a Comment