Skip to main content

JENIS EMAS POPULAR DI MALAYSIA

Assalamualaikum dan salam sejahtera.

Ramai yang tahu beli emas tapi tidak pandai tentang emas. Asal cantik pada pandangan dan duit mencukupi, beli. Sehinggakan ada yang tertipu.
Jenis emas adalah perkara asas yang perlu kita tahu jika ingin jadikan emas sebagai sandaran simpanan jangka panjang.

Terdapat beberapa jenis emas yang berada dipasaran.

Jika di Malaysia, kita lebih sinonim dengan emas perhiasan. Anda tahu ke apa jenis emas barang perhiasan tu?
Emas perhiasan seperti rantai tangan, gelang, rantai leher dan sebagainya dibuat menggunakan emas 916 @ 22k. Ada juga barang kemas yang menggunakan emas 18k seperti contoh cincin atau rantai tangan yang menggunakan batu sebagai aksesori.

Emas perhiasan

Selain daripada nombor atau jumlah karat, apa yang membezakan antara jenis-jenis emas tersebut?

Emas 999.9 @ 24k atau juga dikenali sebangai 'emas sepuluh' sifatnya sangat lembut. Ianya berketulenan 99.9% kandungan emas. Jika ingin dijadikan barang emas perhiasan, perlukan jumlah gram yang banyak. Design juga sangat terhad kerana ianya susah dibentuk. Orang tua kita dahulu kebanyakannya memiliki sebentuk cincin belah rotan emas sepuluh. Cincinnya agak tebal dan selalunya sedikit bengkok. 

Emas 916 @ 22k memang popular sebagai emas perhiasan. Emas ini mempunyai kandungan emas sebanyak 91.6%. Selebihnya adalah logam lain seperti perak, tembaga dan zink.
Kenapa perlu ada campuran logam lain? Kerana untuk menjadikan emas tersebut lebih keras supaya senang dibentuk bagi menghasilkan barang emas perhiasan yang pelbagai rekaan.
Adakah ini bermakna emas 916 bukan tulen? Tidak. Ianya masih lagi emas tulen cuma kandungan emasnya tidak 100%.

Kedua-dua jenis emas diatas boleh digunakan sebagai simpanan jangka panjang. Tetapi emas 999.9 lebih disyorkan bukan hanya kerana nisbah ketulenannya, tetapi ada beberapa faktor lain yang perlu dipertimbangkan.

Jongkong emas Public Gold

Public Gold ada menjual emas bar, dinar dan jongkong emas 999.9 mengikut kesesuaian bajet pembeli. Daripada sekecil 1 gram sekeping sehingga 1000 gram. Anda boleh layari www.publicgold.com.my untuk lihat sendiri produk emas 999.9 Public Gold.


Siti Zaharah Salleh
PG00235187
Public Gold Business Owner
013-2004041


Comments